Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita Berbanding Lelaki?

Posted on Updated on

HIJAB

~~~Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita Berbanding Lelaki?~~~

Apabila ditegur bab aurat, ramai wanita yang melahirkan rasa tidak puas hati. Kenapa semua orang
asyik menegur aurat kaum mereka sahaja? Kenapa tidak menegur aurat lelaki? Mereka merasakan
itu tidak adil kerana seolah-olah mereka sahaja yang wajib menutup aurat. Sedangkan lelaki ada juga
yang tidak menutup aurat. Malah aku pernah dituduh anti perempuan kerana asyik menempelak kaum
mereka terutama dalam bab aurat.

***************************
Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.

Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding
aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai
aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza
pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut.
Manakala Mazhab Hambali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada
pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.

2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan
tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi.
Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai
stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-
benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.

3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.

Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan
anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak
menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu
menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang
maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan
diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana.

Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju?
Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi
peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat. Yang free hair tak payah cakap
la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah
ketika aktiviti sukan dan riadah. Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih
ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh
mengundang zina mata. Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki
buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.

Fesyen seluar londeh nampak boxer yang cute.. Wekkk.. (gambar 3 kat bawah)

5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.

Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset
yang gebu dan montok. Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek
menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok? Muntah ada la.. (Err.. Sory lelaki!)
Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak
perempuan bogel, terbeliak biji mata. Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi
uar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk
didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.

***************************

Jadi, mungkin inilah antara sebab orang ramai lebih memberi fokus kepada aurat perempuan berbanding aurat
lelaki. Kerana aurat perempuan lebih berat dan menjadi beban kepada orang lain. Kami semua sangat menyayangi
anda. Tetapi, kenapa kamu tidak mahu menyayangi kami? Kenapa kamu tiada belas ihsan membiarkan ayah,
saudara lelaki dan anak lelaki menanggung dosa-dosa kamu semua? Jika wanita sayangkan lelaki, tutuplah aurat.
Kami tidak sanggup menemani anda di neraka.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk kaum lelaki memandang remeh bab aurat. Aurat lelaki tetap wajib
ditutup. Entry ini hanya sebagai jawapan kepada yang suka mengeluh, kenapa orang ramai asyik fokus bab aurat
wanita sahaja.